SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2024

 




Pada 29 Disember 2023, aku dan kawan-kawan merancang untuk menyambut tahun baharu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersama-sama. Memandangkan pada hujung minggu itu tidak ada kelas dan ada sedikit masa terluang kami ingin menyambut di sana beramai-ramai. Pada sebelah  petang pula, kami telah bertolak dari kolej kediaman kira-kira pada pukul 5.00 petang. Dua buah kereta telah bertolak ke stesen Mrt UPM, Serdang untuk pergi ke lokasi yang kami ingin tuju. 

Setelah sampai di stesen Mrt, kami pun terus menaiki dan turun di stesen Pasar Seni untuk berjalan-jalan dan mencari makanan sebelum tiba di Dataran Merdeka. Perjalanan mengambil masa dalam 50 minit untuk sampai di sana kerana lokasinya yang agak jauh. Pengalaman menaiki Mrt bersama kawan-kawan agak berbeza kerana ada yang tidak pernah menaikinya dan ada yang teruja melihat kecanggihan pengangkutan awam di negara sendiri. 

Setibanya di Pasar Seni, aku dan kawan-kawan teruskan perjalanan bagi melihat kawasan-kawasan yang cantik dan kedai-kedai yang tular di media sosial. Pencarian maklumat yang kami buat sebelum ini, kawasan ini sememangnya dipenuhi oleh pelancong dalam dan luar negara. Terdapat banyak juga kedai-kedai kecil yang dibuka di tepi jalan yang menjual pelbagai makanan, barang-barang dan minuman. 

Perjalanan kami di Pasar Seni pun telah berakhir kerana sudah puas berjalan-jalan mencari barang yang kami inginkan. Selepas itu, kami telah bergerak ke Dataran Merdeka hanya berjalan kaki sahaja kerana jaraknya yang tidak jauh dari Pasar Seni sekitar 10 kilometer sahaja. Walaupun jaraknya yang dekat, agak lelah juga kami berjalan kerana cuaca pada waktu malam agak panas dan tidak ada angin yang bertiup. 



Setelah sampai di Dataran Merdeka, kami sungguh terkejut kerana telah dipenuhi oleh lautan manusia bagi menyaksikan sambutan kemerdekaan di sana. Selain itu juga, sambutan bunga api turut dinantikan oleh kami semua kerana ingin merasai kegembiraan menyambut tahun baharu. Setibanya tepat pada pukul 12.00 tengah malam, semua yang berada di situ menantikan dan menunggu kiraan masa untuk meraikannya. Kemeriahan di Dataran Merdeka sangat seronok dan kami dapat menyaksikan reaksi oleh pelbagai ragam manusia yang menyambutnya. Kami juga tidak melepaskan peluang ini dengan mengambil gambar di bangunan Mahkamah Sultan Abdul Samad yang serba cantik dan unik. Kegembiraan yang kami rasai di sana tidak akan kami lupa kerana kemeriahannya yang luar biasa daripada sebelum ini. 

Akhir kata, pengalaman yang kami dapat untuk menyambut tahun baharu sangat bermakna buat kami. Segala penat lelah untuk sampai di lokasi yang ingin dituju sangat berbaloi dengan sambutan yang hangat di Dataran Merdeka. Pengalaman ini akan kami kenang sampai bila-bila dan berharap untuk menyambutnya sekali lagi pada tahun hadapan.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BERCUTI ALA GLAMPING DI PASIR PUTEH RESORT, KALUMPANG

TOKOH MOTIVASI: PROF. DR. MUHAYA MOHAMAD

ANIMASI TEMPATAN KEBANGGAAN NEGARA