ANIMASI TEMPATAN KEBANGGAAN NEGARA
Filem animasi di negara kita tidak asing lagi kerana sudah dilimpahi tidak kira dari dalam dan luar negara. Bercerita tentan filem animasi di Malaysia, siri animasi dari Boboiboy dihasilkan oleh anak tempatan kita sebagai satu usaha untuk memajukan industri filem tanah air. Animasi ini telah menjadi satu fenomena di negara kita sehinggakan industri filem lain turut menjejaki perkembangan animasi tersebut.
Siri Boboiboy ini telah wujud sejak tahun 2016 oleh Nizam Razak sebagai orang yang berperanan dalam mencipta karya ini. Menurut beliau untuk menghasilkan sebuah filem ini sangat mahal kerana pelbagai sudut perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, filem Boboiby The Movie telah menelan kos sebanyak RM5 Juta Ringgit Malaysia. Beliau berkata lagi, filem ini bernilai tinggi kerana pembikinannya memakan masa selama dua tahun.
Segala usaha yang dikorbankan oleh Nizam Razak telah pun diterima pelbagai pengiktiran termasuklah pengiktirafan dari luar negara. Kejayaan dari filem animasi Boboiboy The Movie diteruskan lagi dengan Boboiboy Movie 2 apabila filem itu dicalonkan sebagai salah satu finalis di Florence Film Awards, Itali bagi kategori 'Best Animated Film' malahan Boboiboy Movie 2 ini turut diangugerahkan dalam kategori pemasaran untuk filem ini.
Selain itu juga, anugerah lain turut dikecapi dengan berjaya meraih di Laurus Film Festival yang berlangsung di Rusia dan tercalon bagi kategori 'Best Poster' dan 'Best Teaser Trailer' yang telah diundi oleh komuniti dan juri profesional dari festival filem tersebut.
Anugerah dalam negara juga tidak dilupakan apabila filem ini berjaya memenangi 'Silver Award' untuk kategori 'Marketing Innovation' yang berlangsung di THE APPIES MALAYSIA AWARD 2020. Tambahan pula, anugerah lain turut dirangkul dengan memenangi jenama-jenama terkenal seperti CIMB BANK, PETRONAS dan sebagainya.
Saya percaya dengan usaha daripada anak tempatan untuk menghasilak sebuah filem animasi yang bertaraf antarabangsa patut diberi pujian dan anugerah supaya terus tekad untuk meningkatakn industri filem negara. Saya berharap untuk masa hadapan pelbagai animasi dapat kita hasilkan supaya filem animasi negara dapat bersaing dengan animasi luar negara.
Ulasan
Catat Ulasan