Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

KRITIK DRAMA: NUR

Imej
  Drama Nur merupakan satu slot Samarinda di TV3 dan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis setiap pukul 10: 00 malam. Drama ini telah menjadi pilihan orang ramai dan telah mendapat perhatian yang memukaukan daripada khalayak ramai. Drama 'NUR' ini telah dibintangi oleh watak yang hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, dan ramai lagi.  Perkara yang saya rasa sangat menarik sepanjang menonton drama ini ialah sindiran kepada penunggang agama. Sebagai contoh, Ustaz Hamadi telah berlakon menjadi seorang pendakwah kononnya dan hanya berselindung menjadi watak jahat. Sedia maklum kita ketahui sebenarnya ramai sahaja orang yang mempergunakan agama hanya untuk kepentingan diri sahaja. Perkara ini turur terjadi dalam drama ini kerana Ustaz Hamadi telah menggunakan wang daripada pusat tahfiz untuk berbuat perkara-perkara yang di larang oleh Allah. Oleh itu, pada pendapat saya, perkara sebegini sepatutnya dielakkan dan tidak boleh mementingkan diri sahaja kerana akan menyebabkan ge...

ANIMASI TEMPATAN KEBANGGAAN NEGARA

Imej
  Filem animasi di negara kita tidak asing lagi kerana sudah dilimpahi tidak kira dari dalam dan luar negara. Bercerita tentan filem animasi di Malaysia, siri animasi dari Boboiboy dihasilkan oleh anak tempatan kita sebagai satu usaha untuk memajukan industri filem tanah air. Animasi ini telah menjadi satu fenomena di negara kita sehinggakan industri filem lain turut menjejaki perkembangan animasi tersebut.  Siri Boboiboy ini telah wujud sejak tahun 2016 oleh Nizam Razak sebagai orang yang berperanan dalam mencipta karya ini. Menurut beliau untuk menghasilkan sebuah filem ini sangat mahal kerana pelbagai sudut perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, filem Boboiby The Movie telah menelan kos sebanyak RM5 Juta Ringgit Malaysia. Beliau berkata lagi, filem ini bernilai tinggi kerana pembikinannya memakan masa selama dua tahun.  Segala usaha yang dikorbankan oleh Nizam Razak telah pun diterima pelbagai pengiktiran termasuklah pengiktirafan dari luar negara. Kejayaan dari filem ...

SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2024

Imej
  Pada 29 Disember 2023, aku dan kawan-kawan merancang untuk menyambut tahun baharu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersama-sama. Memandangkan pada hujung minggu itu tidak ada kelas dan ada sedikit masa terluang kami ingin menyambut di sana beramai-ramai. Pada sebelah  petang pula, kami telah bertolak dari kolej kediaman kira-kira pada pukul 5.00 petang. Dua buah kereta telah bertolak ke stesen Mrt UPM, Serdang untuk pergi ke lokasi yang kami ingin tuju.  Setelah sampai di stesen Mrt, kami pun terus menaiki dan turun di stesen Pasar Seni untuk berjalan-jalan dan mencari makanan sebelum tiba di Dataran Merdeka. Perjalanan mengambil masa dalam 50 minit untuk sampai di sana kerana lokasinya yang agak jauh. Pengalaman menaiki Mrt bersama kawan-kawan agak berbeza kerana ada yang tidak pernah menaikinya dan ada yang teruja melihat kecanggihan pengangkutan awam di negara sendiri.  Setibanya di Pasar Seni, aku dan kawan-kawan teruskan perjalanan bagi melihat kawasan-kawasan...

BISIK PADA LANGIT

Imej
  Aku sebenarnya tidak mengikuti tentang perkembangan filem tempatan di negara ini. Stigma aku tentang filem tempatan sedikit tidak yakin kerana jalan ceritanya sudah dapat diagak. Namun begitu, filem yang bertajuk "Bisik pada Langit" telah membuka mata dan minda aku untuk mengetahui perkembangan filem tempatan ini.  Filem ini mengisahkan tentang genre kekeluargaan sebagai tema utama dalam keseluruhan cerita. Watak utama iaitu Jalil Hamid yang berperanan menjadi watak seorang ayah sangat menjiwai kerana berjaya memainkannya dengan penuh emosi dan mimik muka sebagai ketua keluarga. Dia juga mempuyai 3 orang anak iaitu Siti Hajar, Zaidi dan Ikram dan anak perempuannya itulah satu-satu dalam ketiga-tiga adik-beradiknya. Kesemua watak dalam filem ini, berjaya membawa watak-watak masing dan tidak kekok untuk memegang bagi setiap watak.  Dari segi perkembangan jalan cerita, saya memuji dengan baik kerana tema kekeluargaan ini membawa satu persepsi yang lain. Dapat dilihat di si...

ISU SEMASA: SIKAP CUAI NYAWA MELAYANG

Imej
  Akhir-akhir ini kejadian yang meragut nyawa seakan tidak ada penghujungnya bahkan setiap hari ada sahaja kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Kejadian itu berlaku di Geoge Town, Pulau Pinang apabila sebuah kereta berjenama Perodua telah merempuh empat buah kereta dan tiga biji motosikal.  Akibat daripada itu, kesemua mangsa telah mengalami kecederaan yang serius setelah dirempuh dengan kuat dengan kereta tersebut. Mereka yang cedera itu terdiri daripada seorang pemandu kereta, empat penunggang dan pembonceng motosikal.  Tragedi itu berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang warga emas berumur 60 tahun itu telah mengalami masalah hilang kawalan di lampu isyarat sebelum merempuh mangsa.  Kejadian itu telah disoal siat oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut iaitu Superintendan V. Saravanan menjelaskan lagi bahawa kereta tersebut hilang kawalan dan melanggar kenderaan yang menunggu lampu isyarat merah. Akibat daripada itu, mangsa telah mengalami keceder...

KOMEN TENTANG KURSUS BBK3410

Imej
  Kursus Penglahiran Bakat Kreatif (BBK3410) merupakan satu kursus wajib bagi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Pensyarah bagi kursus ini ialah Prof. Madya. Dr. Kamariah bt Kamaruddin dan seorang figura yang hebat kerana di samping menjadi seorang pensyarah beliau juga banyak menerbitkan pelbagai novel untuk dijadikan bahan bacaan. Antaranya ialah Takmilah dalam Novel Melayu yang diterbitkan pada tahun 2011.  Pada mulanya, saya sememangnya tidak begitu minat dalam dunia kreatif iaitu karya sastera. Ini kerana, karya sastera satu skop yang agak berbeza untuk memahami dan mendalaminya. Penggunaan bahasa yang agak tersirat agak menyukarkan saya untuk memahamkan tentang sesuatu konsep yang dipelajari. Tambahan pula, kekreatifan diperlukan bagi kursus ini kerana semua tugasan adalah menghasilakn cerpen, sajak, pantun dan novel. Bagi saya sebagai seorang yang tidak begitu kreatif agak sedikit sukar untuk menyesuaika diri untuk menjadi kreatif dalam bidang ini.  Kaedah pengaj...

SANTAPAN PUNTEN SAJIAN JAWA

Imej
  Punten ialah salah satu sajian tradisi khususnya bagi masyarakat Jawa. Sajian ini terkenal di daerah Sabak Bernam, Selangor kerana di situ ramai masyarakat yang berasal dari keturunan Jawa dan menjadi makanan kegemaran mereka. Meskipun sajian ini berasal dari makanan masyrakat Jawa tetapi masyarakat Melayu turut meminati punten ini untuk dijadikan makanan sampingan.  Punten ini jika dilihat secara sekali pandang seakan-akan ketupat biasa namun rasanya sangat enak kerana berlemak dan lebih sedap daripada ketupat yang biasa kita makan. Cara penyediaanya sangat mudah dan boleh dilakukan di rumah sahaja kerana bahan-bahan yang digunakan senang untuk didapatkan. Sebagai contoh, 1 pot beras, 2 pot air bersih, 1 pot santan cair, sehelai daun pandan dan sedikit garam. Setelah bahan-bahan tersebut disebatikan ia akan dimasak sehingga tanak dan ditumbuk untuk mendapatkan tekstur yang lembut. Tambahan pula, punten ini akan lebih enak apabila dimakan bersama sambal hijau atau sambal ijo...

SULALATUS SALATIN

Imej
  Karya Sulalatus Salatin dikenali sebagai salah satu sejarah Melayu yang membincangkan tentang kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan juga mengisahkan tentang salasiah Raja di Kepulauan Melayu. Karya ini telah menjangkau masa melebihi 600 tahun yang lampau dan telah diubah oleh Bendahara Johor-Riau iaitu Tun Sri Lanang sebagai pelajaran buat generasi yang mendatang agar sesuai dengan peredaran zaman bagi mempelajari dan mengetahui secara mendalam tentang karya agung sejarah Melayu.  Sulalatus Salatin turut popular sebagai satu teks sejarah Melayu tradisional yang mengisahkan tentang sejarah Alam Melayu. Penggunaan bahasa yang ditulis dalam karya ini menggunakan bahasa Melayu Klasik dan dianggap sebagai salah satu karya sastera yang terpenting dalam kesusasteraan Melayu. Isi kandungan yang terdapat dalam karya ini berunsurkan dari pelbagai sudut seperti sudut politik, budaya dan sosial alam Melayu.  Karya ini menjadi tumpuan dalam mengetahui tentang salasilah dan ekspl...

SASTERAWAN NEGARA KE-2: SHAHNON AHMAD

Imej
  Sasterawan negara kita yang kedua tidak asing lagi di Malaysia kerana sumbangannya yang tidak ternilai dalam karya kesusasteraan. Beliau bernama Profesor Emeritus Dato' Dr. Haji Shahnon bin Ahmad yang telah dilahirkan pada tanggal 13 Januari 1933. Beliau berasal dari Banggul Derdap, Sik, Kedah. Peranannya ialah sebagai seorang penulis Malaysia dan mendapat gelaran sasterawan negara pada tahun 1982.  Pendidikan yang beliau miliki bermula di Sekolah Melayu di Sik dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pada tahun 1968 beliau bertugas sebagai pegawai penyelidikan Australian National University (ANU) dan menuntut ilmu sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1971. Setelah itu, beliau menjadi pensyarah di salah sebuah institut pengajian bertempat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dan disitulah beliau mendapatkan Sarjana Sastera pada tahun 1975.  Shahnon Ahmad sememangnya terkenal dalam kesusasteraan Melayu mo...

ISU SASTERA, BAHASA DAN BUDAYA

Imej
  Isu berkenaan dengan sastera, bahasa dan budaya dapat dibincangkan dengan pelbagai perkara kerana isu ini sangat penting untuk dipertahankan sebagai satu warisan agung negara. Penggunaan bahasa Melayu khususnya bagi rakyat Malaysia boleh dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan. Mereka seakan-akan tidak mempedulikan tentang bahasa kebangsaan untuk dituturkan dalam percakapan harian. Masyarakat kita seharusnya memastikan penggunaan bahasa Melayu digunakan dalam konteks yang betul tidak kira dalam bidang apa sekalipun.  Karya-karya sastera seharusnya menjadi salah satu penyumbang bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kedudukan bahasa Melayu di negara. Penerbitan karya ini juga harus mengikuti perkembangan semasa agar selaras dengan kehendak masyarakat dan tidak ketinggalan zaman. Penghasilan karya yang baik mampu memberikan impak yang berkesan supaya dapat memberikan kepada masyarakat untuk dijadikan bahan bacaan. Karya-karya yang hendak diterbitkan sebelum dipa...

TOKOH MOTIVASI: PROF. DR. MUHAYA MOHAMAD

Imej
  Tokoh motivasi di Malaysia ini sememangnya ramai namun mencari yang terbaik adalah sangat sukar untuk dijadikan sebagai satu sumber inspirasi dalam meningkatkan matlamat hidup. Beliau yang dimaksudkan ialah Prof Dr Muhaya Mohamad yang berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Tarikh dilahirkan pada tanggal 1 Disember 1985 dan kini berusia  39 tahun.  Pendidikan awal yang diterima apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti ialah Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1980 hingga 1985. Tambahan pula, beliau sekali lagi melebarkan tahap pendidikannyake peringkat  Sarjana Sugeri Oftalmologi juga di (UKM) pada tahun 1991 dan seterusnya menyambung satu lagi pengajian di peringkat Sarjana Perubatan di National University of Singapore, NUS. Pada peringkat PHD pula beliau telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang Ocular Immunology di University London.  Disamping menjadi seorang pakar mata, Prof Dr Muhaya juga terlibat ...

WARISAN BUDAYA: PENGEKALAN UNTUK ANAK BANGSA

Imej
  Setiap negara pasti mempunyai warisan budaya yang menunjukkan tentang identiti bagi negara tersebut. Warisan budaya ini juga menjadi satu cerminan tentang kemajuan dan kekayaan serta menjadi simbol ketamadunan tentang budaya negara tersebut. Warisan budaya bukan sahaja tentang adat resam malah lebih daripada itu seperti makanan, pakaian, dan sebagainya. Namun begitu, masyarakat kita tidak lagi mengambil warisan budaya ini sebagai satu perkara untuk disanjung dan diangkat menjadi warisan yang penting. Warisan budaya ini sangat penting kerana melambangkan sifat majmuk dalam masyarakat kita. Umum mengetahui bahawa negara kita kaya dengan pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun dan sebagainya. Kepelbagaian dari segi itu membuatkan negara kita unik dan sangat istimewa jika dibandingkan dengan negara lain. Sebagai contoh, setiap kaum mempunyai hari perayaan masing-masing seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali. Kepelbagaian budaya...

TOKOH AGAMA : USTAZ DON DANIAL

Imej
  Ustaz Don Danial seorang tokoh agamawan yang tidak asing lagi di Malaysia kerana perwatakannya disenangi dan dihormati oleh semua masyarakat. Sedikit latar belakang tentang  beliau ialah Don Danial bin Don Biyajid. Beliau lahir pada tarikh 14 November 1984 dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Antara pekerjaan yang pernah disandang oleh Ustaz Don Danial seperti pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), pendakwah bebas bertauliah di negeri Pulau Pinang dan di negeri Selangor dan juga menjadi penceramah program 30 minit Ustaz Don di TV Al-Hijrah.  Latar belakang tentang pendidikan Ustaz Don Danial pada peringkat diploma bertempat Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, Pulau Pinang kemudian menyambung pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi iaitu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat Shoubra di Mesir. Pendidikan yang telah dipelajari di kedua-dua peringkat itu telah membuatkan ...

BERCUTI ALA GLAMPING DI PASIR PUTEH RESORT, KALUMPANG

Imej
  Salam semua, hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman saya bercuti di salah sebuah tempat menarik untuk  bermandi-mandi di sungai. Sedikit pengetahuan untuk semua bahawa negeri Selangor turut mempunyai lokasi-lokasi yang menarik untuk diterokai bagi menghabiskan masa semasa cuti terutamanya bersama keluarga tercinta. Tambahan pula, lokasi ini telah menjadi salah satu lokasi kegemaran kami sekeluarga kerana suasana yang indah ditambah pula pelbagai pokok-pokok yang rimbun membuatkan kami berasa tenang untuk menghirup udara yang segar.  Pasir Puteh Resort  merupakan salah satu tarikan pelancongan yang menarik di Hulu Selangor.  Lokasi resort ini terletak  1km sebelum tiba di Kalumpang Resort & Training Centre iaitu di Lot 92 Jalan Sg Inki, Kg Pasir Putih, Kalumpang  44100 Kerling, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.  Di samping itu pula, resort ini dikelilingi oleh Sungai Inki yang sejuk dan nyaman sambil menikmati air terjun ...