Catatan

KRITIK DRAMA: NUR

Imej
  Drama Nur merupakan satu slot Samarinda di TV3 dan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis setiap pukul 10: 00 malam. Drama ini telah menjadi pilihan orang ramai dan telah mendapat perhatian yang memukaukan daripada khalayak ramai. Drama 'NUR' ini telah dibintangi oleh watak yang hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, dan ramai lagi.  Perkara yang saya rasa sangat menarik sepanjang menonton drama ini ialah sindiran kepada penunggang agama. Sebagai contoh, Ustaz Hamadi telah berlakon menjadi seorang pendakwah kononnya dan hanya berselindung menjadi watak jahat. Sedia maklum kita ketahui sebenarnya ramai sahaja orang yang mempergunakan agama hanya untuk kepentingan diri sahaja. Perkara ini turur terjadi dalam drama ini kerana Ustaz Hamadi telah menggunakan wang daripada pusat tahfiz untuk berbuat perkara-perkara yang di larang oleh Allah. Oleh itu, pada pendapat saya, perkara sebegini sepatutnya dielakkan dan tidak boleh mementingkan diri sahaja kerana akan menyebabkan ge...

ANIMASI TEMPATAN KEBANGGAAN NEGARA

Imej
  Filem animasi di negara kita tidak asing lagi kerana sudah dilimpahi tidak kira dari dalam dan luar negara. Bercerita tentan filem animasi di Malaysia, siri animasi dari Boboiboy dihasilkan oleh anak tempatan kita sebagai satu usaha untuk memajukan industri filem tanah air. Animasi ini telah menjadi satu fenomena di negara kita sehinggakan industri filem lain turut menjejaki perkembangan animasi tersebut.  Siri Boboiboy ini telah wujud sejak tahun 2016 oleh Nizam Razak sebagai orang yang berperanan dalam mencipta karya ini. Menurut beliau untuk menghasilkan sebuah filem ini sangat mahal kerana pelbagai sudut perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, filem Boboiby The Movie telah menelan kos sebanyak RM5 Juta Ringgit Malaysia. Beliau berkata lagi, filem ini bernilai tinggi kerana pembikinannya memakan masa selama dua tahun.  Segala usaha yang dikorbankan oleh Nizam Razak telah pun diterima pelbagai pengiktiran termasuklah pengiktirafan dari luar negara. Kejayaan dari filem ...

SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2024

Imej
  Pada 29 Disember 2023, aku dan kawan-kawan merancang untuk menyambut tahun baharu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersama-sama. Memandangkan pada hujung minggu itu tidak ada kelas dan ada sedikit masa terluang kami ingin menyambut di sana beramai-ramai. Pada sebelah  petang pula, kami telah bertolak dari kolej kediaman kira-kira pada pukul 5.00 petang. Dua buah kereta telah bertolak ke stesen Mrt UPM, Serdang untuk pergi ke lokasi yang kami ingin tuju.  Setelah sampai di stesen Mrt, kami pun terus menaiki dan turun di stesen Pasar Seni untuk berjalan-jalan dan mencari makanan sebelum tiba di Dataran Merdeka. Perjalanan mengambil masa dalam 50 minit untuk sampai di sana kerana lokasinya yang agak jauh. Pengalaman menaiki Mrt bersama kawan-kawan agak berbeza kerana ada yang tidak pernah menaikinya dan ada yang teruja melihat kecanggihan pengangkutan awam di negara sendiri.  Setibanya di Pasar Seni, aku dan kawan-kawan teruskan perjalanan bagi melihat kawasan-kawasan...

BISIK PADA LANGIT

Imej
  Aku sebenarnya tidak mengikuti tentang perkembangan filem tempatan di negara ini. Stigma aku tentang filem tempatan sedikit tidak yakin kerana jalan ceritanya sudah dapat diagak. Namun begitu, filem yang bertajuk "Bisik pada Langit" telah membuka mata dan minda aku untuk mengetahui perkembangan filem tempatan ini.  Filem ini mengisahkan tentang genre kekeluargaan sebagai tema utama dalam keseluruhan cerita. Watak utama iaitu Jalil Hamid yang berperanan menjadi watak seorang ayah sangat menjiwai kerana berjaya memainkannya dengan penuh emosi dan mimik muka sebagai ketua keluarga. Dia juga mempuyai 3 orang anak iaitu Siti Hajar, Zaidi dan Ikram dan anak perempuannya itulah satu-satu dalam ketiga-tiga adik-beradiknya. Kesemua watak dalam filem ini, berjaya membawa watak-watak masing dan tidak kekok untuk memegang bagi setiap watak.  Dari segi perkembangan jalan cerita, saya memuji dengan baik kerana tema kekeluargaan ini membawa satu persepsi yang lain. Dapat dilihat di si...

ISU SEMASA: SIKAP CUAI NYAWA MELAYANG

Imej
  Akhir-akhir ini kejadian yang meragut nyawa seakan tidak ada penghujungnya bahkan setiap hari ada sahaja kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Kejadian itu berlaku di Geoge Town, Pulau Pinang apabila sebuah kereta berjenama Perodua telah merempuh empat buah kereta dan tiga biji motosikal.  Akibat daripada itu, kesemua mangsa telah mengalami kecederaan yang serius setelah dirempuh dengan kuat dengan kereta tersebut. Mereka yang cedera itu terdiri daripada seorang pemandu kereta, empat penunggang dan pembonceng motosikal.  Tragedi itu berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang warga emas berumur 60 tahun itu telah mengalami masalah hilang kawalan di lampu isyarat sebelum merempuh mangsa.  Kejadian itu telah disoal siat oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut iaitu Superintendan V. Saravanan menjelaskan lagi bahawa kereta tersebut hilang kawalan dan melanggar kenderaan yang menunggu lampu isyarat merah. Akibat daripada itu, mangsa telah mengalami keceder...

KOMEN TENTANG KURSUS BBK3410

Imej
  Kursus Penglahiran Bakat Kreatif (BBK3410) merupakan satu kursus wajib bagi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Pensyarah bagi kursus ini ialah Prof. Madya. Dr. Kamariah bt Kamaruddin dan seorang figura yang hebat kerana di samping menjadi seorang pensyarah beliau juga banyak menerbitkan pelbagai novel untuk dijadikan bahan bacaan. Antaranya ialah Takmilah dalam Novel Melayu yang diterbitkan pada tahun 2011.  Pada mulanya, saya sememangnya tidak begitu minat dalam dunia kreatif iaitu karya sastera. Ini kerana, karya sastera satu skop yang agak berbeza untuk memahami dan mendalaminya. Penggunaan bahasa yang agak tersirat agak menyukarkan saya untuk memahamkan tentang sesuatu konsep yang dipelajari. Tambahan pula, kekreatifan diperlukan bagi kursus ini kerana semua tugasan adalah menghasilakn cerpen, sajak, pantun dan novel. Bagi saya sebagai seorang yang tidak begitu kreatif agak sedikit sukar untuk menyesuaika diri untuk menjadi kreatif dalam bidang ini.  Kaedah pengaj...

SANTAPAN PUNTEN SAJIAN JAWA

Imej
  Punten ialah salah satu sajian tradisi khususnya bagi masyarakat Jawa. Sajian ini terkenal di daerah Sabak Bernam, Selangor kerana di situ ramai masyarakat yang berasal dari keturunan Jawa dan menjadi makanan kegemaran mereka. Meskipun sajian ini berasal dari makanan masyrakat Jawa tetapi masyarakat Melayu turut meminati punten ini untuk dijadikan makanan sampingan.  Punten ini jika dilihat secara sekali pandang seakan-akan ketupat biasa namun rasanya sangat enak kerana berlemak dan lebih sedap daripada ketupat yang biasa kita makan. Cara penyediaanya sangat mudah dan boleh dilakukan di rumah sahaja kerana bahan-bahan yang digunakan senang untuk didapatkan. Sebagai contoh, 1 pot beras, 2 pot air bersih, 1 pot santan cair, sehelai daun pandan dan sedikit garam. Setelah bahan-bahan tersebut disebatikan ia akan dimasak sehingga tanak dan ditumbuk untuk mendapatkan tekstur yang lembut. Tambahan pula, punten ini akan lebih enak apabila dimakan bersama sambal hijau atau sambal ijo...